Tanda Badan Kekurangan air

Salam 1 Malaysia.

Saya ni antara manusia yg TAK SUKA minum air putih/air masak.. Dunno why..haha..tapi seriously air putih ni memang tersangat penting untuk badan.. and fakta mengatakan 70-80 peratus tisu otak kita terdiri daripada air.. so bayangkan kalau air dalam otak kering? kekeringan idea utk menaip? haha~ 
Semalam baca paper Harian Metro.. & ade keluar tentang air..so saya ambil point penting je.. ye la.. bukan semua org suka baca paper nih.. kan? kan? kan? :p

Tanda-tanda badan korang kekurangan air:
  • Berat badan menurun melebihi satu peratus sehari *jangan guna program ni nak DIET! tak sesuai dengan kesihatan..*
  • Warna air kencing bertukar jadi pekat dan keluar sikit-sikit *tak perlu malu mengaku*
  • Rasa sangat dahaga. *kalau minum air manis/air ais selalu rasa tak puas- kan? hmm*
  • Sakit kepala, tidak selesa *ill always rasa mcm ni..migrain & tdk selesa dgn diri sendiri-sedih*
  • Kebas atau terasa menyucuk pada kepala, leher dan belakang badan. *lenguh-lenguh tu lain ea? hmm -lain la wei 'oh ok'*
  • Seram sejuk atau menggigil berserta kulit berpeluh dan pucat.
  • Terlalu lesu.
  • Mual
  • Denyut nadi menjadi cepat tetapi lemah.
Keajaiban Air
  Pakar kesihatan menyarankan kita mengamalkan tabiat 'makan air' iaitu dengan melebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan kerana ia mengandungi 80peratus air. Air mempunyai keajaiban yang perlu sangat kita ketahui. Antaranya :

Membantu kita kekal langsing.
- Minum banyak air membantu mencergaskan metabolisme kita terutama air yg benar sejuk. Ini kerana badan kita perlu bekerja untuk memanaskan air berkenaan dan proses ini akan membakar beberapa kalori *phieww..minum air pun dah macam exercise wehh*

Air merangsang tenaga
- Kalau korang rasa letih dan tiada tenaga, pergilah ke dapur ye? Dan minum segelas air sejuk. Kurangnya air dalam badan akan membuatkan kita berasa cepat penat dan tak bermaya. Air yang secukupnya akan membantu jantung mengepam darah dengan lebih cepat. bahkan air boleh membantu darah membawa oksigen dan nutrien penting kain ke sel dengan cekap.

Air dapat kurangkan tekanan.
-  Tahu tak korang bahawa 70-80 peratus tisu otak terdiri dari air? Jika kurang air, badan dan otak akan mengalami tekanan. Bila kita rasa dahaga, badan kita sebenarnya sudah pun kekurangan air. So, untuk mengurangkan tekanan,pastikan di meja ada sebotol air masak. Tekadkan keazaman diri..sekurang-kurangnya satu liter air sepanjang berada di pejabat. *chaiyok!*

Menjaga otot.
-  Minum air secukupnya membantu mengelakkan kita mengalami kekejangan otot dan ia juga menjadi pelicir
sendi. Individu yang mempunyai air yang cukup boleh bersenam lebih lama dan badannya juga lebih kuat. *so..takde istilah tak boleh exercise..alasannye semput..ha! baru skng saya tau kenapa saya cepat letih bila jogging* :p

Air mencergaskan pencernaan.
-  Selain serat, air juga sangat diperlukan untuk proses pencernaan. ianya membantu melarutkan dan melembutkan bahan buangan supaya ia boleh bergerak dgn mudah dalam usus menuju ke rektum utk dibuang sebagai najis. Kekurangan air membuatkan bahan kumuh menjadi keras dan terjadilah sembelit. *hewhew*

Mencegah terbentuknya batu karang.
-  Sekarang ni makin ramai yang mengalami masalah yg membabitkan buah pinggang termasuklah batu karang. Ini pun disebabkan kurangnya air. Air mencairkan garam dan mineral dalam air kencing. kalau badan tak cukup air, garam dan mineral ini akan membentuk kristal garam yg akhirnya menjadi batu karang. batu karang tak boleh terbentuk dalam air kencing yg cair. 

Mencantikkan kulit.
-  Kulit yang kurang air akan tua dgn lebih cepat. Kurangnya air akn membuatkan garis lurus dan dlm mudah terbentuk. Ada yg menyifatkan air ialah krim kecantiksn semulajadi krn ianya boleh menyihatkan sel, membuatkan kulit nampak lebih sihat dan segar. ia juga menyingkirkan  bahan kumuh dari badan yg menjadi racun kpd kecantikan kulit. Tidak kira lelaki atau perempuan, amalkan minum air secukupnya krn siapa yg tidak mahu menjadi individu yang sihat dan cantik bukan? 

Tak guna berhabis puluhan ribu kalau air putih pun tak minum ye dak? So marilah kita jadi individu yang sihat cergas dengan minum air putih sekurang2nya 3-4liter sehari..atau 8-10gelas *phieww* dua botol 1.5liter tuuuu.. -_-

Minum air putih untuk kesihatan ye..

sekurang-kurangnya 8-10 gelas sehari.

Tengok gambar ni rasa dahaga plak! hewhew




So..mari! mari! Untuk kesihatan amalkan minum air putih. Kurangkan minum air manis. Boleh minum tapi kurangkan.. Tak mati kalau kurang minum air manis kan?

So..thanks baca. ;)

Okiesdokies.

Happy reading olls~



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pentingnya beradab

Senyum itu sedekah