Friday, 1 February 2013

Hantu Kak Limah 2: Husin,Mon Dan Jin Pakai Toncit

Salam 1 Malaysia.
:)

Yes! Next movie dari Mamat Khalid..pengarah popular dari filem meletooppp Zombi Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah Balik Rumah. Filem yang diberi nama Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit ni kiranya macam sambungan 2 filem tu.. Heronya seperti biasa Awie sbg Husin dan Ezlynn memegang watak sebagai Mon. Selain itu..khabarnya ini adalah filem terakhir Allahyarham Zami Ismail. Al-Fatihah untuk Allahyarham Zami Ismail.

Ok..ok..sebelum tu mari tonton dan layan Teaser Hantu Kak Limah 2: Husin,Mon dan Jin Pakai Toncit.

Terbitan Tayangan Unggul

Tengok promo ni pun dah tergelak, apatah lagi tengok full.. so mari beramai-ramai penuhkan pawagam pada 7 Feb 2013 ni.. :D

Sinopsis: Beberapa tahun yang lalu, selepas kejadian "Hantu Kak Limah Balik Rumah," Husin yang telah muflis akibat ditipu Skim Cepat Kaya di Singapura, telah kembali semula ke Kampung Pisang. Di Kampung Pisang Husin berjumpa semula dengan geng lamanya & juga Mon, kekasih lamanya sewaktu Kampung Pisang dilanda Zombi. Namun beberapa hari selepas itu, Kampung Pisang dilanda peristiwa-peristiwa aneh, Nampaknya sejarah misteri 45 tahun dahulu telah kembali.

Kejadian kehilangan lelaki-lelaki teruna di kampung itu kembali menghantui. Dalam kekecohan itu, Kak Limah yang sudah pulih sepenuhnya, sibuk merancang rombongan ke Singapura & mempelawa Husin menjadi pembantunya, namun begitu, masalah semakin rumit apabila Husin sendiri didapati hilang dari rumahnya. Rakan-rakannya Ucop, Wan Kaswi, & Nazari SMK gagal mengesan dimana Husin Berada. Yang tinggal hanyalah Mee Maggi Singapura. Didalam kekecohan itu muncul Dr. Samsudin yang mendakwa mampu mengesan dimana hilangnya Husin. Apakah sebenarnya Berlaku??? Siapakah Yang Menculik Husin??? Nantikan kemunculan Hantu Kak Limah 2: Husin Mon & Jin Pakai Toncit di pawagam pada 7 Februari 2013


Barisan Pelakon :
Awie - Husin
Ezlynn - Mon
Shy8 - Usop
Rashidi Ishak - Dr. Samsudin
Delimawati - Kak Limah
Zami Ismail - Pak Abu
Man Kadir - Pak Jabit
Azwan Annuar - Wan Kaswi
Dewa Sapri - Cik Purnama
Nazari - Nazari SMK
Zainuri - Zulfekar
Adam Khalid - Adam
Adi Shamsul - Adi Tengelam Timbul
Afdlin Shauki - Wahab B

Mari layan gambar-gambar filem ni.. :)











okay.. Mari ramai-ramai penuhkan pawagam pada 7 Februari ni ea?

Wokiezzz~

Happy Reading u'olls.

8 comments:

  1. cerita komedi seram terutamanya filem melayu membosankan..sumpah menyirap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak.. :3 ye ke? maybe lain orang lain padang kot.. coz dr apa yg sy tgk mostly film mamat khalid ni best..laughing satu panggung.. but its ur opinion..ty for e comment dude.. :)

      Delete
  2. Lebih baik lawak yang ada mesej tersembunyi macam lawak-lawak Mamat Khalid ni, dari lawak sengal ala-ala 'Jangan Ketawa' yang kita sendiri terpinga-pinga tak jumpa point apa yang kita nak ketawa pun. Pendapatan peribadi teman je ni... Tak lebih dari tu.

    http://m.braderpet.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup Brader.. Filem Hantu Kak Limah dulu tu mmg fenonema..seriously saya ketawa sungguh2 masa tgk.. ape2 pun kalau filem Mamat Khalid tayang semula kat astro still gelak walau dh tau jalan cerita.. hehehe.. ^_^

      Delete
  3. citer ni memang bez..syok je nengok
    follow sini

    http://umikasum.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi..ada yg ckp kali ni tak best.. huhu..ape2pun mari tgk!

      Delete
  4. Singgah dr Kelab Blogger. Done follow here ;)
    http://engkumuzahadin.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. terimakasih.. :) Mohon tunjuk ajar.. ^_^

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...