Monday, 2 September 2013

GEMUK

Assalammualaikum..
Salam Sejahtera..
Annyeong~ ^^y

    Dah lama tak merepek..nak merepek balik! No formal dah! Pi lantak la orang nak cakap apa! Ecehh..garang!

    Hari tu macam biasa aku pergi ikut ibu meeting tergempar dia..every Wed 930am..fuh detail -.- majoriti ahli meeting tu semua pangkat mak-mak je dengan aku..so aku panggil Acik je la..Ada la makcik ni tegur aku, "Tasha..kenapa makin gemuk ni? Adik kau dah kawin..kau bila..? Cuba diet sikit..Nanti ada le org ngorat" Oh man~ it is so touchhhhhhhhh cable betul la! Aku dengan mata tak berkelip, fikiran 1001 macam terus ke arah makcik tu dan berdiri sebelah dia.. ;)
   
Nak je aku senaraikan dia!
1- makcik nape pendek dari saya?
2- makcik nape gemuk sangat-sangat-sangat ni?
3- makcik jalan larat tak ni?
dan pelbagai lagi..

Tapi...aku tak biadap sangat..aku senyum simpul manis je..habis manis dah tinggal tawar..

   Apa la manusia ni..sebelum nak judge orang tak pernah nak tengok diri sendiri.. apa yang kita lebih sangat? Walaupun kita lebih dari orang lain kita juga ada kurangnya..tak kira la tua ke muda..mulut lah yang paling penting kita kena jaga..

   Aku ni mengingatkan diri aku sendiri..malas kot nak sibuk hal orang.. -.-

   Makcik ____ (nama dirahsiakan) wahh..retis! Saya dtengah diet ni makcik! Saya dah slim shaggy balik..saya catwalk depan makcik..siap pose ala-ala Katy Perry lagi! Wait&See tau makcik?

Makan sambal ikan bilis..
Okay dah habis!

Happy Membaca le ye korang~ ^_^y

Wednesday, 27 February 2013

Ego dengan penuh kasih sayang

Assalammualaikum..
Salam Sejahtera..

    Tiada kata secantik bahasa...blablabla...*nyanyi*

Ego
ber-EGO-an
Ego-Egoan

    Ye..perempuan cakap lelaki ego, lelaki cakap perempuan ego.. tapi bagi saya la kan..dua-dua ada sifat ego..sama ada pandai hide-kan atau kurang cerdik sampai tunjuk kat semua ego dia yg tinggi melangit sampai org taknak dekat. -.-

    Dalam kehidupan berpasangan,seboleh-bolehnya kurangkan la ego tu..ni tak asal bergaduh je memasing senyap seribu bahasa.. 
'arghh! kau yg buat salah! kau kene pujuk!'
'Aku lelaki, apa barang pujuk gf ni! malu la wei!'
'Asyik-asyik aku pujuk! Mengada punye perempuan'


    Tak salah ego ni..tapi memandai-mandai la..ni tak even kekasih buat salah & perlukan kekasihnya pun still tak diperlukan.. macam mana ek nak get along sampai gerbang perkahwinan kalau masing2 taknak ambil sikap saling memahami, open minded..blabla..haih.

    Kawan saya cakap pasangan dia ego..bila ada taknak dicari.. dan bila takde baru melilau call,msg..inikah perhubungan kasih sayang yg kita perlukan? Saya memang angkat tangan kalau mcm ni..baru couple dilayan mcm nak tak nak.. kalau dah kahwin? tidur sebelah pun buat tak kenal! haa..achano? time tu nak menyesal pun dah tak guna lagi.. *malas nak fikir kemungkinan tu..walaupun dah tersebar dalam kepala*

    Macam-macam definisi ego boleh kita ungkapkan..tapi saya kitarkan dalam perhubungan saja. Buang ego sikit-sikit demi relationship yg berkekalan..Tak guna tanam ego sampai tumbuh cendawan. berpada-pada jgn sampai menyakitkan org lain..

Simple dimple..guna ego bila time perlu je..contoh:
- time orang jual barang & paksa kita beli.. lol. then sila tunjukkan ego korang dekat dia..jgn maki udah le..tak baik k? ;)

   wuraitsoraits..

The end story morry
Thankyou masak gulai kari ikan kayu

Happy Reading korang.

Peminat Tegar

Assalammualaikum..
Salam sejahtera..


    Gila..gila.. last update entry 13 feb ritu.. -.- apsal malas lak skng ni..? Ni semua pasal lappy cinonet tu tak boleh detect wifi..harus ke berebut modem juga pc dgn ibu setiap hari? Dapat bukak kejap pun sebab ayat nak harvest game di facebook.. lol.. mueh mueh.. :p so mmg tak la dpt bukak lelame..sbb kalau lama ibu akn tegur "dah ke belum?" ye la..peminat tegar Aaron Aziz le katekan..

    Hmm..
Aaron Aziz..
AA
aren ajiz..

Sekarang ni ibu dah tak malu nak bercerita pasal keBAGUSan lakonan Aaron Aziz ni sebab MakLong biras ibu..kakak ipaq ayah..wife PakLong abang sulung ayah.. eh.. -.- okay sambung balik! Disebabkan MakLOng pun peminat tegar AA nih! humakaih..

Tepuk tangan ramai-ramai plz! hoyeah!


    And baru-baru ni ibu, n her anak.. eh.. my adik lelaki beserta erin pergi tengok wayang. Ala..yg AA berlakon tu.. Kerat 14..well tajuk mendebarkan.. Tapi ibu ckp ceritanya best.. ye la! dh minat..tak best pun ckp best ye dak..? hahaha.. 

Drama Adam&Hawa as Pilot hensem yuuu~ mueh mueh

 sedikit gambar dari filem Kerat 14:





Sedikit sinopsis dari Kerat 14:
    Kerat 14 merupkan sebuah filem suspen misteri dan aksi yang bermula dari kisah percintaan Haziq(Aaron Aziz) dan Nuzara(Siti Saleha). Haziq dan Nuzara merupakan pasangan kekasih dan Haziq amat menyayangi Nurzara namun Haziq terlibat dengan aktiviti sosial dan tidak disenangi oleh Nuzara. Dalam masa yang sama Aril(Ali Arami) muncul dan mula tertarik dengan kecantikan Nuzara ketika Nuzara dan Haziq berada di salah sebuah kelab di Kuala Lumpur. Satu tragedi ngeri yang tidak disengajakan telah berlaku dalam kisah cinta Haziq dan Nuzara dan penyiasatan dilakukan oleh ASP Razman. Siapakah yang menjadi mangsa dalam kisah percintaan Nuzara dan Haziq dan dapatkah Aril memiliki cinta Nuzara dan mampukah Haziq mempertahankan cinta dan kasih sayangnya pada Nuzara.


Aaron Aziz-Haziq (Main Actor/Actress)
Siti Saleha-Nurzara (Main Actor/Actress)
Fouziah Ghous (Main Actor/Actress)
Ali Arami-Aril (Supporting Actor)
Zamarul Hisham-ASP Razman (Supporting Actor)
Arash Mohd (Supporting Actor)
Azhar Jb (Supporting Actor)
Arrora Salwa-Pegawai Polis (Supporting Actor)

ini semua saya copy dari sini. :)



okay..cinta 3segi..biasa la kot..hehe.. tgh tak sabau nak tgk Rockuu! yeay!



Haha..tu je buat masa ini..

Thankyou makan kuih bahulu.

Happy Reading korang~








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...