Tuesday, 29 January 2013

Tanda Badan Kekurangan air

Salam 1 Malaysia.

Saya ni antara manusia yg TAK SUKA minum air putih/air masak.. Dunno why..haha..tapi seriously air putih ni memang tersangat penting untuk badan.. and fakta mengatakan 70-80 peratus tisu otak kita terdiri daripada air.. so bayangkan kalau air dalam otak kering? kekeringan idea utk menaip? haha~ 
Semalam baca paper Harian Metro.. & ade keluar tentang air..so saya ambil point penting je.. ye la.. bukan semua org suka baca paper nih.. kan? kan? kan? :p

Tanda-tanda badan korang kekurangan air:
  • Berat badan menurun melebihi satu peratus sehari *jangan guna program ni nak DIET! tak sesuai dengan kesihatan..*
  • Warna air kencing bertukar jadi pekat dan keluar sikit-sikit *tak perlu malu mengaku*
  • Rasa sangat dahaga. *kalau minum air manis/air ais selalu rasa tak puas- kan? hmm*
  • Sakit kepala, tidak selesa *ill always rasa mcm ni..migrain & tdk selesa dgn diri sendiri-sedih*
  • Kebas atau terasa menyucuk pada kepala, leher dan belakang badan. *lenguh-lenguh tu lain ea? hmm -lain la wei 'oh ok'*
  • Seram sejuk atau menggigil berserta kulit berpeluh dan pucat.
  • Terlalu lesu.
  • Mual
  • Denyut nadi menjadi cepat tetapi lemah.
Keajaiban Air
  Pakar kesihatan menyarankan kita mengamalkan tabiat 'makan air' iaitu dengan melebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan kerana ia mengandungi 80peratus air. Air mempunyai keajaiban yang perlu sangat kita ketahui. Antaranya :

Membantu kita kekal langsing.
- Minum banyak air membantu mencergaskan metabolisme kita terutama air yg benar sejuk. Ini kerana badan kita perlu bekerja untuk memanaskan air berkenaan dan proses ini akan membakar beberapa kalori *phieww..minum air pun dah macam exercise wehh*

Air merangsang tenaga
- Kalau korang rasa letih dan tiada tenaga, pergilah ke dapur ye? Dan minum segelas air sejuk. Kurangnya air dalam badan akan membuatkan kita berasa cepat penat dan tak bermaya. Air yang secukupnya akan membantu jantung mengepam darah dengan lebih cepat. bahkan air boleh membantu darah membawa oksigen dan nutrien penting kain ke sel dengan cekap.

Air dapat kurangkan tekanan.
-  Tahu tak korang bahawa 70-80 peratus tisu otak terdiri dari air? Jika kurang air, badan dan otak akan mengalami tekanan. Bila kita rasa dahaga, badan kita sebenarnya sudah pun kekurangan air. So, untuk mengurangkan tekanan,pastikan di meja ada sebotol air masak. Tekadkan keazaman diri..sekurang-kurangnya satu liter air sepanjang berada di pejabat. *chaiyok!*

Menjaga otot.
-  Minum air secukupnya membantu mengelakkan kita mengalami kekejangan otot dan ia juga menjadi pelicir
sendi. Individu yang mempunyai air yang cukup boleh bersenam lebih lama dan badannya juga lebih kuat. *so..takde istilah tak boleh exercise..alasannye semput..ha! baru skng saya tau kenapa saya cepat letih bila jogging* :p

Air mencergaskan pencernaan.
-  Selain serat, air juga sangat diperlukan untuk proses pencernaan. ianya membantu melarutkan dan melembutkan bahan buangan supaya ia boleh bergerak dgn mudah dalam usus menuju ke rektum utk dibuang sebagai najis. Kekurangan air membuatkan bahan kumuh menjadi keras dan terjadilah sembelit. *hewhew*

Mencegah terbentuknya batu karang.
-  Sekarang ni makin ramai yang mengalami masalah yg membabitkan buah pinggang termasuklah batu karang. Ini pun disebabkan kurangnya air. Air mencairkan garam dan mineral dalam air kencing. kalau badan tak cukup air, garam dan mineral ini akan membentuk kristal garam yg akhirnya menjadi batu karang. batu karang tak boleh terbentuk dalam air kencing yg cair. 

Mencantikkan kulit.
-  Kulit yang kurang air akan tua dgn lebih cepat. Kurangnya air akn membuatkan garis lurus dan dlm mudah terbentuk. Ada yg menyifatkan air ialah krim kecantiksn semulajadi krn ianya boleh menyihatkan sel, membuatkan kulit nampak lebih sihat dan segar. ia juga menyingkirkan  bahan kumuh dari badan yg menjadi racun kpd kecantikan kulit. Tidak kira lelaki atau perempuan, amalkan minum air secukupnya krn siapa yg tidak mahu menjadi individu yang sihat dan cantik bukan? 

Tak guna berhabis puluhan ribu kalau air putih pun tak minum ye dak? So marilah kita jadi individu yang sihat cergas dengan minum air putih sekurang2nya 3-4liter sehari..atau 8-10gelas *phieww* dua botol 1.5liter tuuuu.. -_-

Minum air putih untuk kesihatan ye..

sekurang-kurangnya 8-10 gelas sehari.

Tengok gambar ni rasa dahaga plak! hewhew




So..mari! mari! Untuk kesihatan amalkan minum air putih. Kurangkan minum air manis. Boleh minum tapi kurangkan.. Tak mati kalau kurang minum air manis kan?

So..thanks baca. ;)

Okiesdokies.

Happy reading olls~



Sunday, 27 January 2013

Si Korea bermain!

Salam ols~
:)

Sha baru lepas layan game show di Astro S One HD -C393 .. best giler kot game show ni! bukan macam game show kat Malaysia (Family entertain). Tajuk nya Running Man. Mula-mula mmg takleh blah kot..sbb sha bukan penggemar K-Pop..disebabkan erin gila sgt dgn K-Pop layankan je la.... 
-_-'
Running Man ni memang kelakar la! Game yg ada mcm-mcm..kadang-kadang sampai satu bandar pun join sekali..kiranya takde la sikap bajet retis mcm di Malaysia ni.. (mostly artis Malaysia sombong even kita tegur bebaik..) Yang main game ni plak mmg sporting habis! Hahaha..

Pemain Tetap Running Man : Kwang-soo,Jong kook,Jae-Seok,Ji hyo,Suk Jin, Ha-Ha & Gary

Lee Kwang-soo/Giraffe : Pemain tetap paling tinggi & penakut !
Ji Suk-Jin : Paling tua sekali. kuat lagi nih!
Gary : Rapper 
Ha-Ha : Comel~ *kelip mata*

Song Ji-Hyo : Satu-satunya pemain tetap perempuan. Terror gak dier ni!
Kim Jong Kook / Ketua penguatkuasa : Pemain tetap yang paling ditakuti!


Yoo Jae-Seok : Pemain yang tenang bagi aku..comel bila ketawa! hahaha

Setiap episod ada je artis jemputan..setiap misi yg dilakukan mesti ada terburai gelak!

Since tahun lepas game ni popular.. almaklumla..jarang bukak k-pop nih..awak dah kertu!! lagi! kertu! lagi?! haahahahaha..

oke la..sila layan budak kertu ni!
entry ni terjadi sbb daku tak boleh tido! 

Wokiesssszasss!

Happy Reading u'olls~

Sumber : Google 


Friday, 25 January 2013

Segmen : Jom Tambah Follower Sebanyak yang Mampu

Salam 1 Malaysia! heee~

Sesuai tajuk entry utk diri ku ini.. so if sesiapa yg nak tambah follower better amek peluang ini..
boleh + kawan
boleh + pendapat
boleh + rujukan
etc la..

hey2.. ni blog si manis tu!

Photobucket

okiesdooookies!

Selamat Mencuba! 
&
Happy reading u'olls~

Sarapan Pagi jadi punca

Salam all~ :D

Bangun awal setiap hari.. lambai2 erin.. :3 
tetiba teringin karipap makcik port biasa.. so..keluar la melenggang kangkung ke gerai.. Disebabkan saya baru baik demam..tak nak la buat pembaziran.. so saya beli 3 ketul karipap kentang and dua ketul ketayap..hehehe..siap singgah restoran depan gerai tu utk beli milo ais..teringin aje pun..
Sampai je rumah saya baham la 3 ketul dari mereka :p tapi mulut ni masih ngak enak lorh...lepas tu pe lagi  layan game fb yang baru..
dan
secara
tiba-tiba
ARGHH!!!

Dah mula rasa tak enak badan.. kepale ligat berfikir kenapa.. tapi tak fikir dengan baik.. sebab kepala berdenyut dengan hebat..perut pedih dengan bahagia..
:'(

ye saya ade gastrik..
Gastrik tahap ape ntah, tak tau..

Ni webnye (klik aje..nanti open new window) saya mintak tolong pakcik gugel..sbnrnye dah tau..saje nak share..tak pening sgt bila bace..sbb selalunya jawapan dari google ni ada yg bila dibaca makin pening..mostly nye pjg berjela..haha..sedih! :p

La ni saya kuih tu pun makin pening.. jawabnye tengahari le baham..
Perut saya ni memang mengade-ngade sket..pepagi mmg saya jarang amik sarapan sebab dikhuatiri pedih menimbun menimpa diri.. omakkk..

oke..entri ni entri pening kepale nak ngadu..haha..
bye u'oll~
ni saki baki sarapan..ini pic sendiri bukan import pakcik ea? :3

Okies dokies..

Happy Reading u'olls~

Monday, 21 January 2013

Cara lupakan bekas kekasih.

Salam u'olls..

"Ok! Mulai hari ini jangan cari saya lagi! Kita putus!"
"What?!"

Balik meraung! 
Warghhh!!!
"Sampai hati!"

Kalau hati sampai..takdenye mereka-mereka sakitkan hati korang,kan?

Sape yg tak pernah kecewa..saya pun pernah..tapi saya amalkan cara tertentu..agar dapat melupakan mantan kekasih.. ececehh.. indo sgt~ aww..

1- BFF
Cari bff yang boleh kita gunapakai..haha.. tak lah..gurau..bukan guna pakai.. tapi someone yg kita percaya..atleast kita blh luahkan ape yg terbuku, terpendam..Takut nanti lelame boleh gila tau?! :)

2- LAGU SEDIH
Stop..stop la dengar lagu sedih.. Nanti kalau ralat dengar..nanti korang teringat aje kat si beliau yang dah berlalu itu.. dari dengar lagu sedih..baik dengar lagu Oppa Gangnan Style..sambil nari-nari..at least..dapat berpeluh..n kurang sikit berat..kan korang asyik membebel gemuk~ gemuk~

3- AKTIVITI RIADAH
Jangan terperap dalam bilik menangisi apa yg telah tiada. Cuba la bawak-bawak berjalan di mall ke. Jogging ke.. ape ke.. tolong mak masak ke.. 

4- SENARAI UNTUKNYA :B
Cara yang aku suggestkan utk korang buat ialah.. sila senaraikan perkara yang buruk dia selalu lakukan.. perkara yang korang benci mengenainya.. haha..aku pernah buat.. dan ianya berhasil oke?! ;p

5- DOA
Perkara yang sangat penting bagi aku ialah dengan berdoa..mintak petunjuk dari Allah SWT..mohon agar Dia berikan kita kekuatan untuk survive..Mohon ditemukan dengan orang yang jauh lebih baik dari dia..Biar ditemukan dengan orang yang baik akhlak..beriman..hormat org tua.. aww.. 

Me? Saya dah jumpe someone yg sgt comel.. :3 
Bagi saya dia baik..selalu bagi si degil ni nasihat..
tapi very e pemalu sgt! hahaha..
oke tu je bab menggatal..hewhewhemohemo..

sedih break off..terasa dunia ini pijak anaaaaa daaa. pic pakcik gugel.

ni cara enjoy aku la.. g konsert..konsert free je pom..haha.. pic sdn bhd

aha! aku dengan Man Kidal.. saje je post.. :p aku excited woo time ni!

oke..
Happy Reading guys! :D



Friday, 18 January 2013

Selamat Tinggal

Salam u'olls..

Pepagi tadi sy, ibu ayah eyin..aril,maknyah n gf may erin(same pulops) bergegas ke LCCT utk hantar May. Im so proud of u cousin.. :) keje leklok di perantauan k? Nanti raya masuk segmen ucapan hari raya di perantauan tu..hahaha.. ngeee~

2-3 hari sebelum tu Maknyah dah sampai dr kg..yg lain x dpt follow coz komitmen penting *ececececeh* musim sekolah..kalau semua diangkut..tak sekolah la jawabnya..

So 18 Januari 2013 pukul 4 kami gerak..memecut..memotong.. coz May kene ade kat airport dua jam sebelum 645am..hahaha! mmg terharula! ngantuk2..tapi nak lambai2 punye pasal..tahan.tahan..

Dekat 5am kami sampai..kelam kabut takut tak sempat nak setel2 pe yg patut.. N Alhamdulillah.. sompek juo yo..

eh~ lupe! haha..! (sengaja) May dan 9 rakannya berangkat ke Brunei Darussalam. Berkobar2 sampai ada beg akademi fantasia! heheyeargh!

si May..

Mereka yg ke Brunei..yg duduk tu abgnye~ haha..gatai nak posing skali!

Zass!

Happy Reading U'olls~


Sunday, 13 January 2013

Peribadi sangat ke?

"Hak peribadi orang! Jangan masuk campur sangat la!" Selalu jugak la kan kita dengar kata-kata tu? Tapi tak semua tahu dan faham maksud yg sebenar2nya.

Kalau saya la kan..bagi saya la..siyesly MEMANG *haa..hammek huruf beso i bagi u..thehe :p * 
-sambung-
Saya siyesly MEMANG tak suka org masuk campur hal peribadi saya..jaja sana sini..sampai saya rase bnde tu mengaibkan walaupun tak aib sgt pun..ye la..kalau saya nak,saya bole bagitau org kot..

Tapi dari segi lain pulak..ade baiknye masuk campur hal org ni.. pernah dgr kes perempuan kene bunuh dgn suami? ala..yg dok hangat Jan 2013 tu.. tak tau? tak ingat..? baca ni --> berita-isteri dibunuh angakara cemburu?

Kenapa org sebelah yg dah nmpak taknak amek tindakan lanjut? ye la kn? Tak nak masuk campur hal org..bila dah mati..menyesal pulak tak buat report..kan?

Hai..dunia..dunia.. hehehe.. 
Wallahualam

psstt..ko tau si polan tu..blablablabla... *image credit to pakcik gugel*

Woookey!

Happy Reading U'olls~


Saturday, 12 January 2013

Adi Putra Hero Pujaan aku. Ailaik~

Dah habis tentang Adam&Hawa..now cerita baru yg akan gantikan A&H iaitu Sehangat Asmara, juga hasil air tangan novelis popular Aisya Sofea..Sumpah weh..Cerita SA ni mmg sgt2 best! Coz saya dah baca n selalu ulang baca..tapi entah kemana novel tu pergi...
-
-
-
sedih
-
-
-
dan kali ni mmg saya yakin gandingan Hero aku AdiPutra dan Rita Rudaini mmg akn tiptop punye la! Saya rase saya mesti akn sediakan tisu bebanyak2 kot.. 
-
-Sinopsis-
biasala..cinta yang tak direstui..dua darjat..

Kamilia Najwa & Zainal Arief. Pandang pertama mereka memutikkan cinta dan berakhir dengan perkahwinan di London tanpa restu keluarga. Namun, badai asmara mereka sentiasa membakar di sebuah bilik kecil di Oxford dengan janji sehidup semati.

Kebahagiaan mereka tiba-tiba terhenti! Zainal terpaksa pulang ke tanah air dengan janji akan kembali lagi. Sejak itu hingga menginjak sembilan tahun lamanya, Zainal tidak pernah pulang sedangkan Kamilia terus menanti dengan air mata dan sengsara.

Tanpa diduga, Zainal muncul kembali. Datangnya untuk menuntut Misya, anak comel yang selama ini ‘disembunyikan’ oleh Kamilia. Dendam kesumat Kamilia terhadap Zainal tidak pernah padam. Anehnya, ‘dendam rindunya’ terhadap lelaki itu lebih kuat dan mengusik perasaannya.
Benarkah dia membenci lelaki itu? Dan hipokritkah Zainal bila menyatakan hanya Kamilia seorang di hatinya...


Pic pinjam dari pakcik gugel. Kiri: Novel edisi baru. Kanan: edisi lama = sama saja

Hero dan Heroin: Sehangat Asmara-Aisya Sofea

Hooorait!

Happy Reading u'olls~

Friday, 11 January 2013

Adam & Hawa - fenomena baru?

     Habis sudah Adam & Hawa 80 episod. Aku juga terlanjur menonton.. :p gara2 Ciktie yang mmg fanatik habis kat Aaron Aziz.. Aku? Sorry..aku suka abam AdiPutra..hehe..

Adam & Hawa mula bersiaran pada 27 Ogos 2012 pada pukul 10pm setiap hari Isnin-Khamis. Drama episod ni hanya ada kat Astro Mustika HD sahaja. Dan disebabkan itu jugalah ibu sanggup langgan Beyond! -_-
And pada 10 Januari 2013 habis jugak Adam & Hawa. (dengar2 nak buat filem plak)

Astro kalau takde ulangan mmg tak sah la kn..? banyak kot ulangan cerita ni.. yg aku tau.. ulangan nye setiap Isnin-Khamis gak pukul 9.30pm, 11am dan 2am-3am. *sila bagitau kalau salah ea?* :)

Cerita nye tentang seorang gadis bernama Ain Hawani yang baru meningkat remaja. Bekerja di tadika dan tidak semena2 ditangkap khalwat dengan Adam Mukhriz. blablabla..taksuka..Ain belajar kat Australia dan jadi pensyarah di UiTM..konflik..konflik..8tahun kot si Adam (Am) ni setia! *oh..jelesnye mak nok* konflik lak dgn Johan n Azie...*haish* sampai2 la si Ain pregnant konflik lagi dengan ex-gf Am si Dee.. *haha..satu rumah tak suka di Dee!* last sekali bahagia n dpt baby girl! -The end-


mcm biasa.. thanks to pakcik gugel! ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...